Posts Tagged ‘program latihan khidmat negara’

Semakan PLKN Siri 9/2012

July 9, 2011 - 1:51 pm 244 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada adik2 yang menduduki SPM 2011, semakan untuk ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 9/2012 dah boleh dilakukan. Semakan ni hanyalah untuk mengetahui sama ada anda terpilih atau tidak. Penempatan pelatih di kem latihan masing2 akan diberitahu kemudian. Biasanya masa nak dekat2 SPM atau masa SPM. Macam tu la.

Adik2 boleh semak kat laman web rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara. Adik2 hanya perlu isi no kad pengenalan kat ruangan yang disediakan. Mungkin ambil masa jugak sebab ramai yang nak cek kan Jadi, harap bersabar ok! :) Kalau takpun adik2 boleh cek guna SMS. Adik2 taip PLKN SEMAK NO IC hantar kat 15888. Yang ni pun kemungkinan besar lambat jugak. Tunggu je la eh? hehe~~

Ok, apa2 hal adik2 boleh tanya kat ruangan komen kat bawah. Yang terpilih tapi tak nak pergi jangan sedih. Yang terpilih dan nak pergi mesti suka. Yang tak terpilih tapi nak pergi mesti kecewa. Yang tak terpilih dan memang tak nak pergi mesti melompat suka. Adik2 pulak yang mana? :) Akak ucapkan tahniah bagi yang terpilih! Andalah bakal wira dan wirawati negara.

p/s : Ada yang tanya akak kat ruangan komen senarai nama yang terpilih ni untuk kumpulan 1 je ke? Jawapannya tak. Ni untuk semakan terpilih. Maknanya untuk semua kumpulan. Nanti masuk bulan Disember baru adik2 cek balik kumpulan berapa dan kat mana kem adik2.

“Bagaimanapun semakan ini hanya untuk mengetahui mereka yang terpilih sahaja supaya mereka dapat membuat persediaan awal, manakala penempatan kem dan siri kumpulan boleh disemak mulai Disember nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Memasak Dodol anjuran bersama Sekretariat Alumni PLKN dan syarikat Global Globe (M) Sdn Bhd

Semakan PLKN Siri 8/2011

July 31, 2010 - 12:16 pm 132 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada adik2 yang menduduki SPM 2010, semakan untuk ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 8/2011 dah boleh dilakukan. Semakan ni hanyalah untuk mengetahui sama ada anda terpilih atau tidak. Penempatan pelatih di kem latihan masing2 akan diberitahu kemudian. Biasanya masa nak dekat2 SPM atau masa SPM. Macam tu la.

Tiba-tiba rasa rindu pulak kat kem. Seriously, masa mula2 dulu saya bukan main tak nak pergi PLKN. Masa cek dulu, sempat lagi berdoa, harap tak terpilih. Bila terpilih, rasa macam nak menangis pun ada. Tapi, kita kena fikir positif. Kita tak rasa lagi pengalaman berada kat kem, sekadar dengar omongan kosong daripada akak2 dan abang2. Masa tamat latihan dulu menangis tak nak balik rumah. Sebab apa? Dah selesa dengan suasana dan keadaan kat kem. Jurulatih dengan rakan2 dah dianggap macam keluarga sendiri. Memang susah la nak berpisah kan? So, kepada adik2 anda merupakan insan yang bertuah kerana dapat menyertai PLKN. Dalam entri akan datang, saya akan cerita lagi tentang pengalaman saya semasa kat PLKN.

Kalau terpilih, anda akan diberi ucapan tahniah. Kalau tak, ucapan takziah. Hehe.. Ni salah seorang junior saya kat sekolah yang terpilih. Sape2 yang terpilih tetapi tapi dalam hati memang tak nak pergi, relax je ok! Jangan fikir sangat sekarang. Nanti akan mempengaruhi emosi dan pelajaran anda. Chill :)