DRAMA : Tahajjud Cinta – Episod 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku mahu menjadi pejuang yang menjunjung tinggi kemanusiaan dan penghormatan yang suci kepada agamaku
Nampaknya Tahajjud Cinta bakal mencipta fenomena seperti Nur Kasih mungkin? Ye, drama terbaru yang mengisi slot Zehra bagi menggantikan drama sebelum ini iaitu Keranamu Laila dah mula ditayangkan tadi, pukul 9 malam setiap hari Jumaat. Watak2 dalam drama ni bagi Mekna agak hebat la jugak. Fazura, Tiz Zaqyah, Fouziah Gous, Remy Ishak, Aaron Aziz, Shahz Jaszle, Tan Sri Jins Shamsuddin, Eman Manan, Norish Karman antara pelakon yang menjayakan drama ni.
Siapa2 yang tak sempat nak tengok episod satu boleh tengok kat Tonton. Episod satu ni orang cakap macam pengenalan dulu. Tapi bagi Mekna episod satu memainkan peranan penting. Ye la, bila tengok episod yang pertama baru orang akan tertarik nak tengok lagi kan? Mekna cerita secara ringkas pasal episod satu ni. Citra (Fazura) & Seri (Fouziah Gous) merupakan sahabat baik. Citra ni sifat dia agak pemberontak. Bukan memberontak tak tentu pasal tapi dia perjuangkan hak wanita. Tak nak kaum wanita ni ditindas oleh kaum lelaki. Dia ni memang berani, sampai masa kenal panggil dengan Prof kat universiti, dia sanggup pertahankan pendapat dia. Seri ni pulak belajar kat Cairo tu atas pembiayaan seorang Ustaz (Eman Manan). Family Seri ni bukanlah orang berada sangat. Kat sini kita boleh nampak disebabkan keadaan keluarga yang serba kekurangan, Seri berusaha belajar bersungguh2. Score three-pointer-and-above. Tak pernah failed. Memang bagus la.
Mekna suka tengok penampilan Fazura & Fouziah Gous dalam cerita ni. Manis je. Sejuk mata memandang. Masa diorang cakap dalam bahasa Arab pun best. Bagus la Erma Fatima masukkan dialog bahasa Arab tu. Paling kurang Mekna boleh ingat2 balik apa yang dah belajar kat sekolah dulu. Ye la, lepas habis sekolah memang jarang nak cakap Arab kat rumah. Kadang2 perkataan yang senang2 pun dah tak ingat. Ni la orang cakap belajar hanya untuk peperiksaan, tak amalkan pun apa yang dah belajar.
Kat sini Mekna petik sikit hadis yang Ustaz (Eman Manan) baca kat keempat-empat orang isterinya. InshaAllah, dalam episod akan datang, kalau ada kata2 yang boleh bagi pengajaran ke semangat ke kat kita, Mekna akan post dalam blog ni.
(sumber gambar ; Tulus Dari Hati)
“(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya” (HR An-Nasa’i)
p/s : Apa pendapat deme semua tentang Tahajjud Cinta ni? Hehe. Boleh la share kat komen bawah ni ye
Erm, Tiz Zaqyah nampak lain bila pakai cermin mata~


