Semakan PLKN Siri 9/2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada adik2 yang menduduki SPM 2011, semakan untuk ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 9/2012 dah boleh dilakukan. Semakan ni hanyalah untuk mengetahui sama ada anda terpilih atau tidak. Penempatan pelatih di kem latihan masing2 akan diberitahu kemudian. Biasanya masa nak dekat2 SPM atau masa SPM. Macam tu la.
Adik2 boleh semak kat laman web rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara. Adik2 hanya perlu isi no kad pengenalan kat ruangan yang disediakan. Mungkin ambil masa jugak sebab ramai yang nak cek kan Jadi, harap bersabar ok!
Kalau takpun adik2 boleh cek guna SMS. Adik2 taip PLKN SEMAK NO IC hantar kat 15888. Yang ni pun kemungkinan besar lambat jugak. Tunggu je la eh? hehe~~
Ok, apa2 hal adik2 boleh tanya kat ruangan komen kat bawah. Yang terpilih tapi tak nak pergi jangan sedih. Yang terpilih dan nak pergi mesti suka. Yang tak terpilih tapi nak pergi mesti kecewa. Yang tak terpilih dan memang tak nak pergi mesti melompat suka. Adik2 pulak yang mana?
Akak ucapkan tahniah bagi yang terpilih! Andalah bakal wira dan wirawati negara.
p/s : Ada yang tanya akak kat ruangan komen senarai nama yang terpilih ni untuk kumpulan 1 je ke? Jawapannya tak. Ni untuk semakan terpilih. Maknanya untuk semua kumpulan. Nanti masuk bulan Disember baru adik2 cek balik kumpulan berapa dan kat mana kem adik2.
“Bagaimanapun semakan ini hanya untuk mengetahui mereka yang terpilih sahaja supaya mereka dapat membuat persediaan awal, manakala penempatan kem dan siri kumpulan boleh disemak mulai Disember nanti,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Memasak Dodol anjuran bersama Sekretariat Alumni PLKN dan syarikat Global Globe (M) Sdn Bhd
